perkembangan kebun perumahan 24 November 2014

Alhamdulilah sedikit perkembangan kebun perumahan. Sekarang cuaca agak tidak menentu walaupun kebanyakan hari hujan, terdapat beberapa hari yang sangat panas terik dan tiada hujan. Kesannya, pokok terung dan ulam raja menjadi lalu. Daun pokok terung banyak yang gugur.

Diantara perkembangan lain minggu ini

1. Semaian cabai solok siam
Cubaan menyemai cabai solok siam, harap harap akan tumbuh



2. Timun panjang armenian
Timun panjang armenian dicuba dan semakin membesar. Harap harap dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca tropika.

3. Zucchini
Zucchini nampaknya semakin membesar dan sudah hampir mengeluarkan bunga jantan. Bagaimanapun, ada pokok yang masih belum membesar dengan baik.

4. Petola bantal
Petola bantal sudah mengeluarkan bunga jantan dan betina. Harap harap bunga betina akan didebunga insyaAllah.

5. Terung mini belang siam
Anak Terung mini belang siam sebanyak 100 pokok sedia untuk ditanam, disedekah atau dijual

6. Tomato mini
Tomato mini sebanyak lebih kurang 100 pokok juga sedia untuk ditanam, disedakah atau dijual. Pelbagai teknik penanam tomato akan dicuba insyaAllah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus