bendi emas dan kohlrabi

bendi emas pokoknya rendah, daun pula rapat rapat antara pangsa, sayang sekali ada buah bendi yang tidak lekat buah. Cepat juga buah bendi membesar. Buah sulung akan dibiarkan dahulu untuk dijadikan benih.




kohlrabi pula semakin membesar, yang ditanam sendirian paling cepat membesar, manakala yang tumbuh tiga  dalam sepasu pertumbuhan lebih perlahan. Mungkin persaingan dan kekurangan baja.



ahad lepas sempat singgah di pasar pagi seberang jaya, ada pengusaha fertigasi yang menjual anak pokok kobis, nanum tak beli kerana tak sempat nak uruskan dalam minggu ini. InsyaAllah mungkin pada minggu minggu yang akan datang dapat beli.

Ulasan

  1. Balasan
    1. benih yang dibeli dari tukangkebun, terimakasih team tukang kebun kerana membekalkan benih yang bernas untuk dapat merasa pengalaman berkebun ini :)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos