pancing puyu, 6 Jan 2013

Alhamdulillah, minggu lepas dapat juga memancing puyu.

Dapat dalam 5 ekor, dan berkenalan dengan Che Wan yang selalu memancing di kawasan tempat tinggal. InsyaAllah selepas ini akan cuba memancing lagi. Seronok juga memancing bila melihat anak anak ikan puyu berselera dengan umpan cengkering dan anak tebuan.



Kalau dikampung, mak selalu pancing bila hendak buat masak pindang. Sehari beberapa ekor dapat dipancing. Bila hari sabtu dapatlah dibuat semangkuk masak pindang ikan puyu untuk hidangan sekeluarga.

Ulasan

  1. Assalammualakum en zabri..baru tu ikan puyu boleh dimasak jgk...ingatkn x boleh sbb ada duri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam :), ikan puyu boleh dimasak, isi manis, tapi sedikit biasa nya sekadar dua cubit sahaja, hati hati dengan tulang ikan puyu yang kecil

      Padam
  2. Saya selalu tau yang ikan puyu buat pekasam ja. Tak pernah tau boleh buat pindang. Kalau terengganu belah mak mertua panggil singgang,kuah pakai lengkuas. Adakah dia lebih kurang macam singgang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya lebih kurang singgang, nanti saya cuba dapatkan resepi, pada selera saya, ada ubi keledek dan daun laksa dalam pindang menjadikan kuah sedikit pekat dan lebih wangi

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus