pokok terung mula berbunga

Alhamdulillah, baka terung pendek yang ditanam sudah mula berbunga. Harap ada bunga yang akan lekat buah secepat mungkin.

terung pendek dengan bunga berwarna ungu, moga akan lekat buah

bunga terung yang sedang berkembang

pokok terung yang ditanam didalam polibeg

Tips menanam terung:
1. rendam biji benih selama semalaman
2. tabur dalam container, kalau rajin jarakkan sebiji sebiji benih.
3. selepas mula membesar, dalam 2 daun, boleh dipindahkan kedalam polibeg berukuran 1x1x1 kaki, ( untuk manafaat tumbesaran pokok dan mengelak pokok kekeringan jika tak sempat menyiram.
4. baja selalu apabila pokok semakin membesar.

Perosak terung
Antara perosak yang mungkin menggangu ialah lintah bulan/siput

Siraman
Pokok terung juga agak tahan kepada cuaca, saiz bekas polibeg yang sesuai akan membantu mengurangkan penyiraman. Jika seminggu berlaku hujan dua tiga hari, pokok terung langsung tidak perlu disiram.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus