balik kampung 1 November 2014, petola bantal, labu & markisa

Alhamdulillah dapat balik kampung minggu lepas,

keadaan dikampung sekarang ini sedang musim hujan dan petani pula sibuk menjaga pokok pokok padi yang baru berusia beberapa minggu. InsyaAllah jika tidak ada apa apa halangan, akan menolong ayah menabur baja di bendang.

Nostalgia lama lama mak dan ayah

Hujung minggu lepas kenduri di Alor Goncar, dalam perjalanan balik ayah dan mak menceritakan bagaimana keadaan kampung pada zaman 1959. Belum ada jalan tar kampung kecuali denai denai didalam hutan yang dilapik dengan batang nyior dan kayu. Semasa ayah masik kecil, tok wan akan mendokong ayah di belakang apabila hendak ke masjid. Mak pula baru sahaja berpindah ke kampung. Hutan kelam dibelakang rumah dan masih banyakkera di kawasan kampung.

Petola bantal
Petola bantal sudah berbuah, ada yang jadi buruk sebelum membesar. Harap harap akan terus subur dikala musim banjir ini.

Labu
Pokok pokok labu sudah ditanam di belakang rumah. Namun, air yang banyak di belakang rumah kemungkinan sudah menenggelamkan sebahagian daripada pokok labu yang ditanam. InsyaAllah akan cuba lagi menanam apabila cuaca kurang hujan.

Markisa
Buah buah markisa sudah ada yang hampir masak. Buah tidak banyak kali ini, kemungkinan perlu lebih baja supaya lebih banyak bunga dan buah terhasil.

Terung
Terung terung ada yang masak dan merekah mengeluarkan biji benih ke tanah. Tak sempat untuk mengurus. InsyaAllah akan cuba alihkan anak benih yang terhasil.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus