balik kampung cuti merdeka dan raya haji 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada cuti merdeka dan hari raya haji. Musim hujan melanda utara tanah air dengan hampir setiap hari hujan turun pada sebelah malam. Sambutan hari raya haji kali ini disambut agak sederhana kerana ramai adik beradik yang beraya ditempat lain.

Bersih kebun pisang

Kebun pisang dibersihkan dan buah pisang yang masak dituai. Hampir tujuh tandan pisang dibawa balik ke rumah. Selain tandan pisang, umbut pisang juga dibawa balik untuk dijadikan gulai daging batang pisang.

Ayah juga menanam beberapa anak pokok mempelam di kebun pisang. Perancangan ayah ialah pokok mempelam akan menggantikan pokok pisang.

Ada beberapa kerja lagi yang perlu dilakukan dikebun pisang seperti mebetulkan sistem perparitan didalam kebun supaya air tidak bertakung.

Memancing

Alhamdulillah beberapa ekor ikan haruan berjaya dipancing. Dapatlah merasa ikan haruan goreng untuk makan tengah hari. Parit dibelakang rumah belum sempat dibersihkan lagi. Masih banyak sampah yang dibuang jiran yang mencemari parit. Baru baru ini, terdapat pekerja yang menebas semak samun ditepi parit.

Bendi

Bendi bendi tidak sempat dituai dan menjadi terlalu keras untuk dituai. Hampir tujuh biji bendi tidak sempat dituai.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

percubaan memasak beras rebus

cara buat lemang