banjir di kampung, 22 September 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada cuti awal muharram tahun ini. Keadaan cuaca yang hujan secara berterusan selama beberapa hari menyebabkan air mulai naik disekitar kampung.

Kawasan belakang rumah mulai digenangi air bermula khamis malam. Pada hari Jumaat, 22 September air sudah masuk ke bahagian dapur rumah. Hujan mulai berhenti pada keesokan harinya. Ini menyebabkan air banjir kurang meningkat secara mendadak.

Air banjir kali ini berwarna jernih berbanding banjir sebelum ini.

Alhamdulillah menjelang hari isnin, banjir mulai surut.

Perancangan untuk menebang tandan pisang di kampung terpaksa ditangguhkan dahulu kerana banjir. InsyaAllah pada minggu depan pisang pisang didalam kebun akan dituai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus