balik kampung cuti Krismas 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada cuti hari Krismas yang lepas. Musim angin timur sudah terasa dimana waktu siang langit sangat biru tanpa awan dan cuaca sangat panas. Namun, angin timur kali ini agak berbeza kerana hujan masih lagi turun sesekali dengan lebat.

Bersih kebun pisang

Hajat untuk membersihkan kebun pisang akhirnya dapat dimulakan. Rumput yang panjang di bahagian hadapan kebun dipotong pendek menggunakan mesin rumput. Namun, kerja kerja menebas rumput yang panjang dibahagian belakang kebun terpaksa dilupakan buat masa ini kerana masalah jentera mesin rumput. Nampaknya, kerja kerja menebas keseluruhan kebun terpaksa ditangguhkan dahulu.

Bahagian hadapan kebun juga perlu dipagar nampaknya untuk mengelakkan jiran jiran membuang sampah sarap didalam kawasan kebun. Sepatutnya sampah sarap termasuk sisa kebun diuruskan dikawasan masing masing. Bukannya dilonggokan kedalam kawasan jiran.

Saya cuba mencari anak pokok cabai burung yang tumbuh meliar didalam kawasan kebun. Namun, saya tidak berjaya menjumpai pokok cabai burung. Tidak pasti apakah nasib sebenar yang terjadi kepada pokok cabai burung.

Hasil daripada kebun kali ini ialah pisang awak, pisang nangka dan terung belanda. Cukup untuk diberi kepada jiran dan ahli keluarga.

Kenduri

Musim kenduri kahwin sudah bermula. Kebetulan ada jemputan kenduri kahwin di Simpang Tiga Kemboja. Suasana kenduri di kawasan kampung dan bersebelahan dengan sawah padi sangat mendamaikan. Teringat suasana rumah lama arwah pak mentua yang kini hanya tinggal kenangan akibat dirobohkan untuk tujuan pembangunan.

Kayuh basikal

Alhamdulillah balik kampung kali ini saya berjaya juga untuk kayuh basikal lebih 90 kilometer. Perjalanan merentasi dua negeri iaitu Kedah dan Perlis. Perjalanan berbasikal dimulakan sekitar jam 7.30 pagi apabila hari semakin cerah. Perjalanan berbasikal secara solo ini melalui pekan Air Hitam, Sanglang, Kangar dan Beseri. Sempat saya singgah di sekolah lama di Beseri untuk bergambar sebagai kenang kenangan. InsyaAllah aktiviti kayuhan akan diadakan lagi pada masa depan apabila padi mulai menguning.

Ulasan

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

percubaan memasak beras rebus

cara buat lemang