balik kampung awal Disember 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada awal Disember 2018. Jadual untuk bulan Disember agak padat untuk aktiviti hujung minggu. Peluang balik ke kampung juga digunakan untuk menziarahi cikgu yang terlantar sakit. Semoga cikgu semakin sembuh insyaAllah.

Musim timur sudah bermula. Pokok pokok mempelam mulai mengeluarkan bunga. Jika ada rezeki dapat merasa buah mempelam dalam beberapa bulan lagi. Pokok mempelam pada musim lepas tidak dipangkas.

Parit didepan rumah pula sudah tidak lagi dibersihkan secara meyeluruh. Ini kerana sebahagian daripada tanah dihadapan rumah akan diambil kerajaan untuk tujuan pembinaan jalan. Lagipun, masa dan tenaga tidak dapat diluangkan buat ketika ini untuk tujuan membersih parit.


Bersih belakang rumah

Kawasan belakang rumah yang sudah semak dan dipenuhi rumput rampai dibersihkan. Rumput di mesin pendek untuk memudahkan ayah menjenguk kawasan belakang rumah. Kawasan berhampiran parit belakang rumah juga sudah ditebas oleh pekerja jabatan saliran. Jadi, kawasan belakang rumah nampak lebih kemas buat masa ini.

Rumpun rumpun serai sudah sedia untuk dituai. InsyaAllaha kan dituai dan diedarkan kepada jiran jiran kampung.


Memancing
Alhamdulillah, setelah selesai membersih kawasan dibelakang rumah. ada rezeki memancing ikan haruan pada kunjungan ke kampung kali ini. Ikan yang dipancing dijadikan hidangan makan tengah hari.


Kebun pisang

Akhirnya ada kesempatan untuk menjenguk setelah berbulan bulan tidak menjenguk kebun pisang. Waktu yang ada sekitar setengah jam sahaja. Apabila sampai ke kebun pisang, terdapat orang kampung yang sedang mengambil daun pisang. Saya sempat bersembang dan membenarkan dia untuk mengambil daun pisang ditepi jalan. Dia menawarkan untuk mengambil upah membersih kebun pisang yang sudah naik semak samun. Namun, saya tangguh dulu tawaran untuk mengambil upah daripada dia kerana dia tidak ada alatan untuk melakukan kerja membersih kebun. Mungkin saya akan buat sendiri kerja membersih kebun.

Alhamdulillah ada juga beberapa tandan pisang yang boleh dibawa balik. Pisang awak yang sudah masak dan juga pisang nangka yang perlu diperam dahulu. Terdapat juga tandan tandan pisang yang sudah tiada kerana sudah diambil orang.

InsyaAllah sasaran hujung bulan ini pula untuk kerja kerja membersih kebun kampung.

Ulasan

  1. Sini pun dah mula rasa angin timur. Tak tahu pasai apa kalau masuk saja musim ni mestilah dia nak ingat kat suasana kampung. Maklumlah musim timur ni mengundang banyak akriviti. Tu duk teringat sangat memori lama lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul memang banyak memori bila masuk musim timur, cuaca berbeza dan lebih banyak aktiviti menarik.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus