balik kampung 7 October 2012

Minggu ini balik kampung sehari pada hari Ahad. Bang Long, Kak Long juga balik dari KL. Kak Chik, Bang Chik Man dan anak anak juga ada.

Tengah hari makan nasi berlaukkan ikan tilapia yang ayah bela. Kali ini kak chik goreng biasa dan ditabur dengan bawang. Mudah memnyiang ikan tilapia, tidak banyak kerenah dan sisik senang disiang.

Pokok pokok sayur mak pula nampak subur.


cabai kampung mak hidup subur
buah sulung pokok terung mak pemberian tok yam

anak pokok bebuas

Pokok Bebuas yang di pindah lebih kurang sebulan lalu nampak sihat.


Dalam perjalanan pulang sempat melihat kebun sayur yang diusahakan warga emas di kawasan tanah lot yang terbiar. Banyak pokok terung yang hidup subur disamping batas daun kucai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos