perkembangan kebun perumahan 4 Ogos 2015

Alhamdulillah dapat menjenguk sekejap kebun perumahan walaupun masa singkat. Hujan turun lebat pada awal pagi. Jadi sebelum hari cerah terpaksa bergerak keluar kerja untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang.

Pokok tin
Alhamdulillah, pokok tin sudah ada tanda akan berbuah lagi. Putik putih buah baru kelihatan semakin membesar. InsyaAllah dalam sebulan lebih akan merasa buah tin segar.

Semaian ulam raja
Semaian ulam raja nampaknya masih bertahan seteleh dipindahkan daripada tepi jalan. Mungkin semaian sudah tahan lasak kerana tumbuh ditepi jalan dengan akar yang cetek sahaja.

Tuaian bebuas
Pucuk bebuas yang dituai untuk dijadikan ulam masih lagi bertahan didalam bekas plastik. Pucuk bebuas tidak disimpan didalam peti sejuk. Cuma perlu elakkan suhu panas.

Kebun perumahan mungkin terpaksa dipindahkan sekejap untuk memberi laluan kerja membaiki paip air diluar rumah. Sebelum itu, perlu membuat laporan kerosakan kepada pihak bekalan air.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus