menyediakan kebun perumahan untuk cuti panjang

Kebun perumahan akan ditinggalkan selama beberapa hari sempena cuti raya cina. Jiran jiran masih ada disekeliling, cuma kerja menyiram elok dibuat sendiri.

Disebabkan pasu pasu yang ringan dan boleh diubah, jadi tanaman akan diubah masuk ke dalam kawasan berpagar yang teduh.

Bagi pasu yang besar dan berat, teknik sungkupan dengan plastik akan digunakan untuk mengurangkan kadar penyejatan air. Air akan disiram sebelum plastik disungkup. Dengan cara ini, dapat mengelakkan tanah menjadi kekeringan dan pokok mati. Ini penting terutamanya bagi pokok tomato ceri yang sedang membesar.

Untuk cuti kali ini, benih benih tomato ceri, terung dan cabai solok akan dibawa balik ke kampung untuk tumbesaran. Teknik tanaman dalam tong sampah akan cuba dipraktikkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus