aktiviti sempena cuti malidurrasul

Selawat dan salam keatas junjungan besar Rasulullah yang menjadi rahmat kepada sekalian alam.

Alhamdulillah semalam sempat memanfaatkan untuk beberapa perkara.

Bang Tam ziarah rumah
Bang Tam yang balik dari Kuala Lumpur sempat singgah ke rumah untuk makan tengah hari. Alhamdulillah ada beberapa ekor ikan yang baru dipancing dimasak untuk makan tengah hari. Kepala ikan siakap dibuat gulai. Ikan cermin digoreng tepung. Manakala ikan merah dibuat sup.

Untuk ulaman diambil ulam raja, pucuk kaduk dan pucuk cekur hitam. Alhamdulillah dapat merasa ulaman segar untuk makan tengah hari.

Tuai bayam
bayam sudah melepasi umur yang sesuai untuk dituai. Hama merah sudah mula menyerang daun. Bena pula menyerang sistem akar. sempat dituai untuk makan malam.

Menyemai benih benih
Benih kangkung disemai menggantikan benih lobak kampung yang tidak tumbuh. Selain itu, semaian lemon basil dan pak choi baharu juga disemai. InsyaAllah jika ada rezeki dapatlah merasa dalam masa sebulan lagi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus