perkembangan kebun perumahan 22 Disember 2015

Alhamdulillah dapat menjenguk kebun perumahan buat seketika. Tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Kerja yang paling penting ialah menyiram tanaman kerana cuaca sekarang sangat panas dan kering. Selain itu, kerja kerja mengemas kebun perumahan juga perlu dilakukan supaya kelihatan lebih teratur dan bersih.

Pokok tin

Pokok buah tin vareiti green jordan pula mulai berbuah. Pokok tin dari varieti green jordan agak lambat pembesaran berbanding vareiti yang lain. InsyaAllah akan cuba menjaga kelembapan tanah untuk memastikan buah berjaya masak dan tidak gugur dimusim kering ini.

Pokok tin dari varieti BTM pula perlu ditut kerana terlalu tinggi dan nampak tidak begitu sihat.

Cabai solok

Tanaman cabai solok sedia untuk dituai. InsyaAllah akan dijadikan sebahagian daripada hidangan nanti. Didalam bekas tanaman cabai solok juga disemai benih bayam. Harap harap dapat dituai dalam masa sebulan.

Benih baru
Benih beberapa sayuran baru dipesan termasuk vareiti zucchini yang kelihatan sesuai untuk ditanam ditanam rendah. InsyaAllah, akan dijadikan projek pada awal tahun baru.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus