perkembangan kebun perumahan tut pokok tin sudah berakar 16 Februari 2016

Alhamdulillah, pokok tin dari vareiti BTM6 yang ditut beberapa minggu lalu sudah berakar dengan banyak.

Keratan tut akan sedia dipotong dan dipindah kedalam pasu. Tut pokok tin perlu dipindah segera kerana akar yang bercambah akan menjadi rosak apabila air didalam bungkusan tut menjadi kering.

InsyaAllah akan melalukan tut untuk pokok tin vareiti green jordan pula. Untuk itu, pokok akan dipindahkan ke kawasan teduh kerana cuaca sekarang yang panas dan kering.

Gambar akan diletakkan kemudian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus