balik kampung raya haji 2016

Alhamdulillah hampir seminggu bercuti raya haji di kampung pada tahun ini. Diantara aktiviti

Kenduri akikah
Beberapa kenduri akikah bagi menyambut kelahiran anak anak sepupu. Alhamdulillah majlis berlansung dengan lancar dan meriah. Dapat bertemu dengan sanak saudara dan bertanya khabar.

Bakar jerami
Jerami yang terhasil selepas padi dituai perlu dibakar untuk memudahkan proses membajak sawah. Hanya jerami yang kering dapat dibakar. Jadi pembakaran jerami bergantung kepada keadaan cuaca. Jika hari hujan apabila padi dituai, jerami tidak dapat dibakar. Pembakaran jerami biasanya dilakukan pada waktu petang. Teknik pembakaran perlu melihat kepada arah angin supaya tidak terperangkap dalam asap dan haba dari pembakaran jerami. Pembakaran jerami juga memusnahkan tempat perosak  seperti tikus yang suka bersembunyi dibawah jerami.

Bersih sekitar rumah
Rumput rumput yang panjang disekitar rumah dipotong supaya laman nampak lebih kemas.

Memancing
Alhamdulillah, ada sedikit rezeki memancing di kampung. Beberapa ekor ikan haruan dan puyu berjaya dipancing. InsyaAllah selepas ini akan memancing ikan puyu juga.




Laman tanaman bendi
Semasa balik ke kampung, sempat melihat tanaman bendi yang diusahakan di tepi sungai. Sangat subur dan pokok membesar dengan baik. Buah bendi mencapai saiz hampir sejengkal.

Gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus