hari raya korban 1436H dan balik kampung 24 September 2015

Alhamdulillah hari raya korban tahun ini disambut sederhana.

Hari Raya pertama dipenuhkan dengan solat sunat aidil adha di Pulau Pinang, sebelum makan kenduri di Baling dan pulang ke Alor Setar.

Suasana kenduri hari raya korban di Baling sangat meriah dengan makanan seperti sup daging cicah air asam dan kerabu pucuk paku.

Didalam perjalan balik ke Alor Setar, kami sempat berhenti di Lata Mengkuang, Sik. Keadaan masih lagi baik untuk berkelah dengan air yang masih jernih dan dingin. Cuma keadaan tandas tidak terjaga kerana tiada bekalan air paip ke tandas.



Masa di kampung dihabiskan dengan aktiviti kenduri, mencuci parit, merobohkan bangsal lama, memancing dan melayan anak saudara yang balik beraya di kampung.

Beberapa benih pokok dibawa balik ke kampung untuk ditanam seperti cabai solok dan ulam raja.

Disamping itu, sempat juga mengikuti aktiviti gotong royong korban yang dirancang walaupun perlu berulang alik ke Pulau Pinang dari Alor Setar.

InsyaAllah akan cuba balik lagi ke kampung bila ada masa.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus