kemas kebun perumahan, 25 Jan 2015

Alhamdulillah, hujung minggu lepas dapat juga melakukan sedikit projek mengemas kebun perumahan. Walaupun masih banyak perkara yang perlu dilakukan, namun sedikit sebanyak kebun perumahan ada perubahan.

1. Pokok tin
Pokok tin masih belum berbuah, sebaliknya banyak pucuk baru yang keluar. Akan cuba letakkan baja dan nutrient untuk menggalakkan pokok tin berbuah.

2. Daun belalai gajah
Daun belalai gajah di pangkas supaya nampak lebih kemas. InsyaAllah akan menyemai keratan yang dipangkas.

3. Tomato ceri
Beberapa anak benih tomato ceri dipindahkan ke bekas pasu panjang yang kosong dihadapan rumah. Ini juga bertujuan mengelakkan kucing menjadikan bekas pasu kosong sebagai tandas.

Kotak polisterin kosong diisi dengan tanah dan diisi dengan beberapa anak benih tomato ceri.

4. Terung
Anak benih terung dipindahkan ke dalam bekas pasu yang kosong.



5. Ulam raja
anak benih ulam raja yang tercabut semasa mencabut rumput rampai di pindahkan ke bekas pasu pangjang yang masih kosong.

Antara perkara yang perlu dibuat

1. Pangkas petola bantal belakang rumah kerana sudah berbuah di bumbung rumah jiran.

2. Kompos buah buahan yang tidak habis dimakan

3. Beli akuarium untuk tempatkan ikan kaloi yang sudah besar didalam kolam supaya ikan kaloi baru dapat dibela.

4. Pindah anak belih ulam lemak ketam ke pasu besar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus