perkembangan kebun perumahan, 23 Jan 15

Alhamdulillah sedikit perkembangan kebun perumahan



1. Tomato ceri
Alhamdulillah tomato ceri mula lekat buah. Namun, terdapat serangga pula yang menyerang bahagian akar pokok. Akan cuba kawal dengan cara manual dan pindah pokok tomato ceri ke pasu yang lebih besar.

2. Petola bantal
Tuaian petola bantal ke 4 di laman depan rumah. Tuaian dibuat ditengah malam selepas balik dari kerja.

3. Terung
Kemungkinan tuaian kali ini adalah tuaian terakhir. Pokok terung sudah nampak kurang sihat. Buah yang tinggal akan dibiarkan masak dan dijadikan stok benih. Akan cuba tambah tanam pokok terung yang baru

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus