balik kampung 7 Jun 2015

Alhamdulillah, minggu ini banyak aktiviti keluarga yang dapat dilakukan bersempena musim cuti sekolah. Namun, aktiviti berkebun terpaksa ditangguh kerana tuntutan menyiapkan kertas kerja yang penting. Aktviti aktiviti membersih laman kampung banyak dilakukan oleh bang tam yang balik bercuti.

Diantara aktiviti balik kampung minggu ini

Hari Keluarga
Alhamdulillah hari keluarga berlangsung buat julung julung kalinya dengan baik bagi keluarga Haji Ibrahim dan Hajjah Aishah. Banyak aktiviti bersama sanak saudara dilakukan untuk mengeratkan siturrahim. Nostalgia dan kenangan manis banyak diingati kembali dalam pertemuan kali ini. Banyak juga info info terbaru tentang peribadi Haji Ibrahim dan Hajjah Aishah yang dapat dipelajari seperti ketegasan dan kecekalan mereka membesarkan anak anak dalam suasana agama.

Memancing
Aktiviti memancing dengan anak anak saudara dilakukan dikampung. Namun, musim sekarang tidak sesuai untuk memancing kerana padi baru sahaja ditanam dan ikan banyak menghuni petak sawah daripada sungai dan tali air. InsyaAllah akan cuba lagi dilain kali.

Perkembangan kebun kampung
Ruang ruang di kampung masih berpotensi untuk ditanam dengan tanaman tanaman. InsyaAllah akan cuba memulakan sesuatu tanaman yang cepat tumbuh dan perlu penjagaan minima.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus