perkembangan kebun perumahan 26 Jun 2015

Alhamdulillah kebun perumahan masih memberi hasil ketika cuaca sekarang yang semakin terik. Beberapa tuaian akan dilakukan pada hujung minggu. Diantara perkembangan terbaru.

Terung
Pokok terung kemungkinan akan dipindah ke kampung kerana pokok semakin membesar dan jika ditanam diatas tanam, lebih banyak hasil akan dapat dituai pada masa akan datang.

Cabai solok
InsyaAllah beberapa biji cabai solok sedia dituai. Boleh dijadikan cabai jeruk.

Lobak merah
semaian lobak merah nampaknya tertunda dan daun sebenar sudah mula keluar. InsyaAllah akan cuba menyelamatkan benih yang masih elok dan disemai dibatas.

Projek automasi penyiraman.
Alhamdulillah, projek automasi penyiraman sudah nampak jalan untuk disiapkan. InsyaAllah akan cuba siapkan sebelum cuti hari raya puasa. Jadi, pokok boleh ditinggalkan tanpa perlu risau.

Mulberi
Pokok mulberi semakin berbuah dan banyak yang hampir masak. InsyaAllah akan cuba dituai dan dimakan ketika sahur nanti.

Timun
Nampaknya vareiti timun dari luar negara kurang sesuai untuk iklim tropika. Pokok menjadi terbantut dan kecil. InsyaAllah akan cuba semai vareiti tempatan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus