balik kampung 24 April 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada hujung minggu lepas.

Kejadian ribut pada hari selasa menyebabkan dahan pokok mempelam vareiti epal patah. Ayah dengan kudrat yang masih ada memotong ranting ranting yang kecil. Jadi, pagi ahad digunakan untuk memotong dahan mempelam supaya dapat diangkut dan dibersihkan.





Terung
Terung masih lagi berbuah lebat. Nampaknya terung perlu dituai setiap minggu. Jika lebih daripada seminggu, buah terung sudah mulai bertukar dari warna hijau ke warna kuning. Alhamdulillah, banyak terung yang berjaya dituai.

InsyaAllah pada minggu depan, celah celah antara batas terung dapat disemai dengan bayam ataupun lobak hijau.

Anak anak terung pipit yang tumbuh liar akan dijadikan pokok penanti. Benih pokok yang sedang dicambah sekarang akan dicantum pada pokok terung pipit nanti.

Kacang kelisa
Benih kacang kelisa yang disemai sebelum ini dibawa balik ke kampung. Lubang digali dan benih dipindahkan. Harap harap ada benih yang akan berjaya hidup dan membesar.

Pancing haruan
Alhamdulillah masih ada rezeki memancing haruan di kampung. Waktu memancing terhad, hanya selepas selesai kerja kerja membersih kawasan kampung aktiviti memancing dapat dilakukan. InsyaAllah pada minggu depan hendak memancing ikan puyu pula. Jika cukup dapatlah merasa masakan pindang ikan darat.

Perancangan minggu hadapan balik kampung

InsyAllah akan membuat batas baru untuk tujuan penanaman sayur sayuran. Benih bayam akan dicambahkan. Disamping itu keladi yang tumbuh ditepi parit akan dipindahkan dan disusun supaya nampak lebih kemas.

Parit dibelakang rumah akan dibersihkan supaya tidak dipenuhi dengan sampah sarap. Tak cantik dipandang parit yang penuh sampah sarap akibat sikap buang sampah merata rata.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus