perkembangan kebun perumahan 13 Mac 2016

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan pada hujung minggu ini. Cuaca sangat panas menyebabkan banyak tanaman yang kekeringan.

Sawi renek
Sawi renek yang sedia dituai mengalami kekeringan yang teruk. Sebahagian tanaman didalam pasu menjadi rosak dan tidak dapat dituai. Ada beberapa pokok sawi renek yang dapat dituai. InsyaAllah akan dituai untuk dijadikan sayur dalam masakan minggu ini.

Petola bantal
Pokok petola bantal rupa rupanya sudah berbuah lagi. Namun sudah terlewat untuk dituai kerana  sudah terlalu tua.

Bayam dan kangkung
Pertumbuhan bayam dan kangkung yang ditanam didalam polisterin agak perlahan. Kemungkinan kedudukan bekas tanaman yang tidak mendapat cahaya matahari penuh membantutkan pertumbuhan bayam dan kangkung.

Benih zucchini
Benih baru zucchini yang dibeli beberapa bulan lepas sudah disemai. Namun, masih belum ada tandan tanda percambahan. Jadi, semaian baru dibuat

Benih kacang kelisa
Kacang kelisa vareiti merah dan hijau daun tirus disemai. Harap harap akan bercambah dalam masa beberapa minggu lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus