perkembangan kebun perumahan dan balik kampung 15 Oktober 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu ini.

Benih kantan
Anak benih kantan didalam pasu dibawa balik ke kampung. Benih bunga kantan yang ditanam sebelum ini dikampung tidak tumbuh. Harap harap anak benih yang dibawa balik kali ini akan tumbuh dengan baik.

Bayam
Bayam yang ditanam di kebun perumahan tumbuh subur selepas dituai minggu yang lepas. Hujan hampir setiap hari sepanjang seminggu menyebabkan pertumbuhan bayam begitu cepat. Pucuk bayam yang masih lembuh dipatahkan dan dibawa balik ke kampung. Bayam dijadikan hidangan makan tengah hari sebagai bayam masak air bersama ubi keledek.

Terung
Pokok terung yang dibawa balik ke kampung beberapa bulan dahulu sudah mulai hendak berbunya. Namun saiznya begitu kecil tidak sampai satu kaki. Pertumbuhan yang tidak memberansangkan ini mungkin disebabkan oleh faktor pernah terkena racun rumpai satu ketika dahulu. Batas batas kebun kampung perlu diperkayakan semula dengan bahan organik.

Cili padi
Cili padi didalam bekas polisteri sudah sedia dituai. Rasa cili padi kali ini tidak terlalu pedas

InsyaAllah akan cuba memperkemaskan kebun kampung

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus