projek daun kaduk goreng

insyaAllah akan cuba membuat tanaman kaduk di kampung. Relung relung diantara pokok pokok mempelam yang teduh di kampung biasanya dipenuhi dengan rumput rampai sahaja. Kerja kerja meracun akan dilakukan untuk membersihkan kebun daripada rumput rampai ini. Jadi untuk menambah nilai, mungkin pokok daun kaduk boleh ditanam sebagai ganti rumput rampai.

Teringat nostalgia kebun tuk timah sangat cantik kerana dipenuhi tanaman kaduk. Boleh dikatakan setiap kali balik ke rumah tuk timah, kami dapat merasa masakan menggunakan daun kaduk seperti kepah bersama daun kaduk. Begitu juga dengan tanaman kantan yang galak berbunga apabila musim hujan. Kantan dirincik halus dan dimasukkan kedalam sambal belacan. Sedap sangat dimakan bersama nasi panas.

InsyaAllah kali ini akan cuba mulakan tanaman kaduk dan bungai kantan kembali.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus