perkembangan kebun perumahan 17 April 2016, semaian kobis bulat bercambah

Alhamdulillah, semaian kobis bulat yang dimulakan minggu lepas sudah bercambah.

Semaian perlu diubah ke bekas tanaman yang sesuai.


Kangkung dan bayam didalam bekas polisterin

Kangkung dan bayam didalam bekas polisterin tidak menjadi. Kangkung yang terhasil sangat kecil dan mula diserang hama merah.

Manakala bayam pula terlalu padat. InsyaAllah akan memulakan tanaman baru di kawasan yang ada lebih banyak cahaya.

Musim hujan
Hujan sudah mula turun di kawasan Pulau Pinang. Jadi aktiviti penanaman lebih mudah kerana kurang perlu menyiram tanaman. InsyaAllah akan gembur dan bajakan kembali tanah didalam pasu pasu yang tersimpan dikawasan rumah.

Gambar akan diletakkan kemudian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus