perkembangan kebun perumahan 23 April 2016

Alhamdulillah, sedikit masa hujung minggu dapat diluangkan untuk mengemas kawasan kebun perumahan. Disamping itu, aktiviti santai seperti memancing dapat juga dilaksanakan sebelum balik ke kampung.


Bersih halaman rumah
Halaman rumah yang semak samun dibersihkan. Pokok petola bantal yang menjalar ke pokok pokok yang lain dipangkas supaya nampak kemas. Anak benih bayam sudah mula bercambah sendiri selepas hujan beberapa hari  yang lalu. Ranting mulberi dipangkas dan disemai kembali.

Rizom cekur dikumpulkan didalam satu bekas supaya dapat disemai lagi

Anak benih kobis bulat
Anak benih kobis bulat dipindahkan ke dalam pasu pasu panjang. Agak terlewat pemindahan beih kobis. Harap harap masih ada benih yang akan dapat membesar.

Memancing
Alhamdulillah dapat juga memancing sekejap ketika awal pagi. Seekor ikan haruan berjaya dipancing sebelum matahari semakin panas. Sungai sudah tidak sebersih dahulu lagi kerana dipenuhi sampah sarap seperti plastik yang dibuang kedalam sungai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus