perkembangan kebun perumaha, 5 April 2016, memulakan penanaman semula sawi renek

Sawi renek
Sawi renek yang disemai sebelum ini tidak begitu menjadi. Jadi sawi renek baru di semai. Semoga semaian kali ini lebih berhasil. Berat hati juga untuk menggembur tanah yang sudah ada beberapa cambahan sawi renek. Namun, semaian semula dilakukan memandangkan semaian tidak akan memberi hasil yang memuaskan.

Tangkap lintah bulan
Lintah bulan rupanya rupanya banyak berlindung dibawah daun daun kering yang dijadikan kompos bagi pokok terung. Pada pagi hari, didapati beberapa ekor lintah bulan bersembunyi disitu. Kesemua dikumpul dan dimusnahkan.

Zucchini
Semaian zucchini dipindahkan ke bahagian luar rumah supaya mendapat jumlah matahari yang cukup. Pembajaan dilakukan menggunakan baja organik yang dibeli. Namun baja tersebut agak kuat kerana daun semaian menjadi layu apabila terkena baja organik.

Ulasan

  1. kat tempat saya pun banyak lintah bulan ni. besar2 pula tu..Md Zabri beli kat mana benih zucchini tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. benih zucchini saya beli dari fb group biji benih sayuran, bunga, herba dan baja

      lintah bulan suka sangat makan anak anak sawi, kena selalu tengok di tempat saya

      Padam
  2. Alhamdulillah...lintah bulan belum ada lagi kat rumah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak betul di tempat saya, suka makan anak benih yang baru bercambah

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus