serangan perosak lintah bulan pada tanaman sawi renek

Sawi renek yang ditanam semakin berkurang. Ini kerana tanaman diserang oleh lintah bulan. Lintah bulan akan mula keluar mencari makan apabila malam.

Berdasarkan pemerhatian, perosak ini akan mula keluar selepas maghrib. Lintah bulan dapat bergerak dikawasan yang kering untuk sampai ke kawasan tanaman.

Pada waktu siang. lintah bulan akan bersembunyi ditempat yang gelap seperti dibawah pasu. Jika berlaku serangan lintah bulan pada tanaman, cuba perhatikan pada bahagian bawah pasu.

Perosak yang berjaya ditangkap dikumpulkan dan dihapuskan untuk memastikan tanaman akan dapat dituai. Jika tidak, semua tanaman akan habis dimakan lintah bulan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos