kepuasan masak sendiri di rumah

Alhamdulillah, setakat ini dapat konsisten masak dirumah. Lebih jimat dan yakin dengan kebersihan dan kualiti makanan. Disamping itu rasa lebih selesa bersembang dan makan. Dengan masak di rumah, kos makan dapat dikurangkan sehingga separuh

Diantara tips yang boleh dikongsi kali ini.

Masak yang mudah
Masaklah sesuatu yang mudah disiapkan. Tempoh memasak tidak seharusnya lama. Cukup sekadar 30-45 minit. Makanan yang bergoreng memerlukan masa yang agak lama untuk disiapkan dan menggunakan banyak minyak yang akan dibuang sahaja nanti. Jadi boleh cuba alternatif masakan stim dan masakan kuah.

Masak yang ringkas
Cukuplah masakan yang ringkas dengan menggunakan apa yang ada dirumah. Jangan bazirkan makanan semalam yang masih elok. Panaskan makanan dengan baik untuk mengelakkan makanan basi.

Sediakan awal bahan bahan
Sambal dapat disediakan awal untuk mengurangkan masa penyediaan bahan bahan yang sering digunakan.

Pada peringkat awal, mungkin akan berlaku pembaziran seperti terlebih masak nasi. Namun, setelah beberapa minggu, kita akan dapat mengagak berapa jumlah nasi dan makanan yang perlu dimasak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus