masakan dari kebun perumahan, 3 Disember 2014

Alhamdulillah semalam dapat merasa masakan daripada kebun perumahan.

Herba herba seperti daun bebuas, daun sambung nyawa, daun belalai gajah di tuai awal pagi untuk dijadikan ulam.





Manakala daun kari digunakan didalam gulai ikan rambai yang baru dipancing. Tekstur isi ikan rambai lembut dan sesuai dijadikan gulai ikan.

Buah terung yang dituai sebelum ini dibakar dan dijadikan sebahagian daripada ulam. Ada sedikit yang disimpan untuk kegunaan masakan hari lain.

Seronok dapat makan makanan sebegini, lebih rasa kepuasan makanan yang dimasak sendiri berbanding yang di masak di kedai. Berbaloi rasanya bersengkang mata selepas waktu kerja untuk menyediakan masakan sendiri.

InsyaAllah jika umur panjang, akan pergi berkelah di tepi pantai untuk makan tengah hari. Harap harap awal tahun ini kurang jumlah kerja yang hendak dilakukan.

Gambar akan diletak kemudian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos