balik kampung 22 Ogos 2015

Alhamdulillah sempat balik ke kampung untuk menjenguk mak dan ayah serta keadaan kampung.

Waktu masih lagi terhad, untuk hujung minggu ini sahaja, hampir 400 kilometer perjalanan menggunakan kereta ditempuh. Cabaran agak tinggi kerana memandu berseorangan, memandu pada awal pagi dan memandu didalam keadaan badan yang letih.

Diantara perkembangan kebun perumahan

Semaian rawak benih ulam raja
Benih ulam raja yang dikumpul dibawa balik dan di tabur sepanjang pagar yang banyak mendapat cahaya matahari.

Semaian kacang panjang dan timun
Semaian kacang panjang dan timun tidak bernasih baik kerana terkena racun rumpai. Habis mati benih benih yang berusia beberapa minggu. Buah sulung dari timun juga tidak kesampaian untuk dituai.

Cabai solok
Pokok cabai solok hanya tinggal dua pokok setelah satu pokok mati. Apabila diselidiki, siput babi sudah memakan batang pokok cabai solok.

Tenggek burung
Ulaman tenggek burung nampaknya semakin merimpun. InsyaAllah akan petik pucuk pucuk yang masih muda.

Memancing
Masih belum berhasil untuk memancing ikan haruan. Mungkin akan beralih kepada ikan puyu sebagai hiburan. Sekurang kurangnya ada alternatif.

Membakar jerami
Padi sudah mula dituai di petak bendang. Jadi, kerja kerja membakar jerami perlu dilakukan untuk memudahkan proses membajak sawah disamping menyuburkan tanah. Kerja membakar jerami masih tertunda. Waktu yang sesuai ialah pada waktu petang.

Reban ayam
Ibu ibu ayam nampaknya kekurangan tempat untuk bertelur. Ada yang bertelur di kawasan kebun yang rimbun dan terdedah kepada hujan dan panas. Kemungkinan telur telur tidak akan menetas. InsyaAllah akan cuba menyediakan reban ayam dan sarang sarang dari jerami untuk ayam bertelur dan mengeram.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus