perkembangan kebun perumahan 31 Ogos 2015

Alhamdulillah pada penghujung bulan Ogos, masih dapat melakukan beberapa aktiviti di kebun perumahan.

Semai benih baru
Benih terung panjang hibrid, tomato beefsteak, timun batu, kucai dan kangkung disemai. Harap harap akan tumbuh didalam masa terdekat insyaAllah

Ubah semaian
Semaian terung telunjuk dipindah ke pasu hadapan rumah. Mudah mudahan akan membesar dengan baik.

Tuaian ulam
Alhamdulillah ulam ulaman dapat dituai untuk dijadikan makan tengah hari seperti ulam lemak ketam, daun kaduk, pucuk ulam raja dan bebuas.

Perancangan untuk memancing dihujung minggu juga ditangguh dahulu kerana kekangan masa.

Perancangan membaiki bumbung masih lagi tergendala. Selain itu, beberapa pokok dan semaian akan dibawa pulang ke kampung untuk mengurangkan jumlah tanaman di kebun perumahan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus