balik kampung: panggang ikan guna sabut

Alhamdulillah balik kampung pada minggu lepas bersempena hari raya cina.

Melawat mak cik Mah di Pendang. Mak Tam dan Pak Tam balik cuti dengan saudara dari Johor satu bas ke Langkawi. Begitu juga dengan kak Chak, Bang Chak dan Haikal yang balik bercuti.

Aktiviti yang sempat dibuat ialah panggang ikan. Stok ikan diambil dari kuala perlis. Ikan yang dipilih kali ini ialah ikan siakap. Disebabkan pemanggang kecil. Maka terpaksa dipotong dua ikan. Daun pisang dari lebihan daun membalut lopis digunakan untuk mengelakkan ikan rentung.

ikan yang dipanggang menggunakan sabut mempunyai aroma yang tersendiri.
Ikan dipanggang menggunakan sabut kelapa kering.

 Petua memanggang menggunakan sabut kelapa:

1. himpun sabut kelapa membentuk unggun. Kemudian nyalakan sabut kelapa dengan kertas surat khabar.
2. Apabila api sudah tiada dan tinggal bara, maka bolehlah diletakkan ikan.
3. Tambah sabut dari masa ke semasa sehingga ikan masak.


Keadaan kampung di belakang.

Ayah dengan kudrat yang masih ada masih lagi mampu membersihkan hutan bemban. Musim kemarau ini sesuai untuk menebas kawasan yang biasanya digenangi air. Tidak semua hutan bemban diterangkan, cukup disimpan hutan bemban sebagai sempadan parit dan melindungi tanaman dari angin.

Sayang juga pokok putat daun besar yang mati akibat cuaca panas dan unggun api dari kayu kering yang dibakar terlalu hampir. Kalau tidak boleh merasa pucuk dan buah putat apabila hujan kembali turun.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus