perkembangan kebun dalam bekas polisterin

Alhamdulillah projek kebun dalam bekas polisterin sudah berjaya dimulakan. Saiz bekas polisterin yang digunakan ialah satu kaki lebar dan dua kaki panjang.

Benih salad dipilih sebagai tanaman permulaan. Satu pek tanah hitam dan satu pek tanah top soil digunakan. Ini kerana tanaman salad tidak memerlukan medium penanaman yang dalam.

Lorong lorong dibentuk menggunakan jari untuk ditabur dengna benih salad. Satu pek benih salad boleh digunakan sebanyak dua kali

Air paip digunakan untuk menyiram buat kali ini. Adalah lebih baik air yang ditakung atau air daripada kolam ikan digunakan. InsyaAllah akan tambah satu akuarium tambahan dalam projek akan datang.

InsyAllah akan cari lagi bekas polisterin terbuang untuk dijadikan bekas penanaman kerana ada lagi benih kangkung dan benih bayam untuk dicuba.

Satu bekas polisterin pula akan digunakan untuk mewujudkan satu bekas kompos mini. InsyaAllah akan cari cacing untuk membantu mengurai sisa kompos.

Gambar akan diletakkan kemudian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus