balik kampung 1 November 2015

 Alhamdulillah, sempat juga balik ke kampung untuk menziarah emak dan ayah dikampung. Disamping itu, meninjau keadaan kebun kampung. Masa kali ini masih singkat tidak sampai beberapa jam sahaja berada di kampung. InsyaAllah minggu depan lebih banyak masa di kampung.






Terung

Alhamdulillah terung varieti telunjuk sudah mulai berbuah. Setelak beberapa bulan ditanam. Disamping itu, terung bulat mini yang sedap dibuat ulam juga dapat dituai kali ini.

Pucuk putat




Ketika meninjau kawasan belakang kebun, kelihatan pucuk muda pokok putat. Beberapa pucuk diambil untuk dijadikan sebagai ulam. Pucuk putat ini lebih dikenali sebagai putat nasi.

Memancing



Alhamdulillah, kali ini ada hasil daripada memancing.


InsyaAllah pada masa hadapan, akan mengambil masa untuk membersihkan kebun yang kurang terurus buat masa ini kerana kekangan masa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus