balik kampung sekejap dan pucuk putat hijau

Alhamdulillah sempat balik ke kampung sekejap kerana mak dan ayah hendak ke Mekah menunaikan umrah bersama kak chak sekeluarga. Kali terakhir mak dan ayah menunaikan umrah ialah kira kira sepuluh tahun dahulu. Semoga mak dan ayah, kak chak dipermudahkan urusan menunaikan umrah

Sempat melawat kawasan belakang kampung. Pokok mempelam saiz sedang telah tumbang akibat ribut baru baru ini. Ayah bercadang selepas ini hendak ditebang ranting ranting pokok dan pokok ditegakkan semua. Sayang untuk dibiarkan pokok ini mati kerana buahnya sedap. Dulu dulu semasa sekolah rendah, pokok mempelam ini ditanam bersama ayah. Dahulunya kawasan belakang rumah berdekatan parit hanyalah hutan bemban tebal.

Dibelakang hujung perenggan tanah ada satu tunggul pokok putat hijau. Ayah sudah banyak kali tebas. Kali ini insyaAllah akan cuba jadikan  benih dan dipasukan supaya dapat ditanam dikawasan lain. Sedap pucuk putat ini dijadikan ulam. Biasanya banyak pucuk putat yang keluar apabila masuk musim hujan. Pokok putat memang tahan air bah yang biasa berlaku setiap tahun.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus