projek tanaman sayur bertingkat

InsyaAllah sedang merancang rak bertingkat tanaman sayur untuk kebun perumahan.

Kawasan hadapan rumah mendapat cahaya matahari yang cukup, sesuai untuk penanaman sayuran jenis daun.

Antara tanaman yang boleh dicuba ialah sawi, lobak putih, bayam, kangkung, kailan serta herba herba seperti pudina. Benih akan cuba disemai ataupun dibeli keratan dari pasar.

Kemungkinan juga, bekas air minuman yang tidak digunakan lagi boleh dijadikan sebagai pasu. Kebiasaannya, setiap minggu ada sahaja bekas minuman yang dibuang begitu sahaja.

Selain itu, satu tong akan dijadikan sebagai kolam ikan bagi membela ikan keli. Makanan yang tidak habis boleh dijadikan sebagai makanan ikan keli. Sayang jika sisa makanan yang masih elok dibuang begitu sahaja tanpa dijadikan sesuatu yang lebih baik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus