keadaan kebun laman rumah, mid sep 12

Alhamdulillah hujan sejak beberapa hari ini membantu pertumbuhan sayur sayuran dan pokok.

kangkung dan lobak putih yang mula merimbun

 Cadangan supaya pokok cabai yang terbantut diganti dengan anak benih yang baru. Pokok sudah lama, tetapi tidak mahu membesar lagi.

Perosak tanaman

belalang kunyit, nanti jadi makanan ikan kaloi

Ada beberapa perosak yang saya jumpa di halaman rumah iaitu belalang kunyit. Belalang kunyit sangat menggemari daun limau purut. Selain daripada belalang, ulat beluncas juga menggemari daun limau.

Hama merah
Pokok bunga telang pula diserang oleh hama merah. Habis daun pokok gugur. Saya sembur dengan Malathion.

Tuaian sayur hijau
tuaian sayur yang terbantut pertumbuhan

Sayur hijau yang terbantut pertumbuhan sudah pun dituai. Antara sebab utama pertumbuhan terbantut ialah kerana semaian yang sangat rapat. Sayur ini dijadikan makanan ikan kaloi sahaja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus