balik kampung 4 Disember 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu lepas. Cuti minggu ini agak padat dengan program seperti jemputan kenduri dan aktiviti riadah. Dapat juga menjenguk keadaan kebun walaupun sekejap sahaja.

Bendi
Alhamdulillah masih ada pokok bendi yang hidup daripada semaian sebelum ini di kampung. Pokok sudahpun mula berbuah. Harap harap pokok akan terus membesar.

Terung
Terung yang ada dikampung masih lagi mengeluarkan hasil. Terung panjang ungu juga semakin membesar. Namun, perlu diberi sokongan dan ditambah baja bagi mengalakkan lagi tumbesaran dan penghasilan buah.

Tempirai
Perangkap ikan yang dipasang kali ini kurang berhasil kerana banyak ikan yang berjaya keluar dari tempirai apabila parit dipenuhi air hujan akibat hujan lebat pada petang ahad. Namun, masih lagi memberi satu pengalaman baru bagi anak anak saudara yang pulang ke kampung.

Petai dan gulai batang pisang
Petai dibawa pulang oleh Bang Chik Man dari Baling. Disamping itu gulai batang pisang turut ditempah dari kampung di Baling. Rasa dan tekstur gulai batang pisang memang unik. Batang pisang yang sesuai digunakan ialah dari vareiti pisang awak. Batang pisang dengan pucuk pisang yang belum berkembang adalah paling sesuai untuk digunakan untuk masakan gulai batang pisang. Batang pisang emas pula tidak sesuai digunakan untuk masakan gulai batang pisang.

Kenduri kahwin
Kenduri kahwin anak saudara Tashin dan Hidayat diadakan dirumah ayah untuk meraikan cucu yang baru berkahwin. Disamping itu, majlis tahlil turut diadakan untuk kakak tersayang yang kembali ke rahmatullah tahun lepas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus