balik kampung 14 Mac 2018

Alhamdulillah dapat balik kampung lagi pada minggu ini. Jadual masih lagi padat semasa balik kampung kali ini. Hanya sempat menjenguk kawasan kebun kampung dan menuai hasil sahaja. Tidak banyak aktiviti membersihkan kebun kampung yang dapat dibuat

Bendi

Bendi yang disemai sudah berusia hampir seminggu. Hujan yang mulai turun memberi harapan bendi akan tumbuh dengan baik

Kebun pisang

Kebun pisang sempat dijenguk untuk tempoh sejam. Pokok pisang yang berpenyakit ditebang. Manakala beberapa tandan pisang yang masak dituai. Terdapat beberapa tandan pisang yang elok telah ditebang oleh orang lain. Jadi, saya telah memesan kepada jiran supaya memaklumkan kepada orang yang masuk ke dalam kebun pisang supaya tidak mengambil lagi pisang. Sebelum ini, mengikut perjanjian, orang yang mengambil pisang akan menjual dan membayar harga pisang di rumah. Namun, sudah berkali kali pisang diambil, tiada bayaran yang sampai kepada ayah di rumah.

Singgah pasar pagi kampung berjaya

Pasar pagi kampung berjaya memasarkan hasil dari kampung seperti ulam ulaman, belacan, ikan sungai dan bermacam macam lagi hasil kampung. Kebanyakkan adalah hasil segar. Pada kali ini, saya membeli buah remia, pucuk ulaman, serai kampung dan buah betik. Kedudukan pasar tidak jauh dan senang untuk dikunjungi.

Buat tempirai baru

Tempirai yang digunakan untuk menangkap ikan sudah berkarat dan reput. Jadi tempirai baru dibuat. Masa membina tempirai hanya mengambil masa lebih kurang sejam. Jaring dawai dipotong kepada dua bahagian dan dibentuk supaya menjadi tempirai. Tempirai yang saya buat tidak mempunyai penutup atas. Bahagian atas ditutup dengan menggunakan daun daun kering supaya teduh dan menjadi tempat tumpuan ikan. Harap harap tempirai baru akan ada hasil bila balik ke kampung pada masa lain.

Bangsal ayam ayah

Ayah masih lagi meneruskan projek reban ayam. Dua bahagian kerangka tiang sudah siap. Kerangka dibuat daripada kayu kayu terpakai lebihan daripada projek pertukangan ayah sebelum ini. Ayah sedang menunggu anak anak dan cucu untuk balik dan membantu dia menegakkan tiang reban ayam. Buat masa ini, tenaga kerja belum ada. Jadi, projek ditangguh buat sementara. Abang Long ada menelefon tukang rumah untuk membantu menyiapkan reban ayam ayah. Namun, buat masa ini ayah tidak memerlukan pertolongan. Kami hanya mengikut kehendak dan perancangan ayah buat masa ini.

Keadaan bendang terkini
Bendang masih lagi kering dan belum digenangi air. Rasanya tidak lama lagi bendang akan mulai digengani air untuk penanaman padi. Bendang sudah dibajak kering buat masa ini. Apabila air sudah mulai disalurkan kedalam bendang, tanah akan dibajak sekali lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus