Catatan

perkembangan lobak putih

percubaan menanam lobak putih yang sudah berusia beberapa bulan. Ada yang sudah menunjukkan pertumbuhan ubi lobak. Ada juga yang tidak menjadi isi.  Lintah bulan pula memakan daun lobak pada waktu malam.Usaha mengutip perosak ini juga dijalankan pada lewat malam.

semaian cabai cherrytime kapsicum mula bercambah

semalam kelihatan cabai cherrytime kapsicum sudah mula bercambah. Akar sudah mula keluar dari biji benih. Semaian ketumbar pula banyak yang patah seperti tidak sihat, mungkin perlu diletak ditempat yang lebih banyak cahaya matahari. Semaian terung sudah dialih ke dalam bekas semaian. Ada juga yang ditabur didalam pasu panjang seperti yang dibuat dikampung. Perancangan penanaman. InsyaAllah akan mendapatkan pasu pasu baru.

semaian kohl rabi purple vienna bercambah

Imej
semaian kohlrabi purple vienna sudah bercambah sekarang menunggu semaian cabai untuk mula bercambah. terung pendek pun sudah direndam dalam air, tapi belum sempat untuk disemai kedalam bekas tanah

semaian ketumbar dan bendi rosak

Beberapa kejadian pada semaian antara yang berlaku ialah 1. semaian ketumbar rosak akibat kejutan cuaca panas. Semaian ketumbar sebelum ini diletak dalam kawasan teduh. Pada hari jumaat lepas, semaian diubah ke kawasan lapang. Namun, pada petangnya semaian ketumbar kebanyakannya sudah layu. Batang ketumbar yang lembut telah mengecut dan rebah ke tanah. Untuk semaian seterusnya, mungkin akan menunggu sehingga semaian ketumbar sudah mengeluarkan beberapa helai daun sebenar. 2. bendi pula rosak akibat kucing yang bermain didalam pasu. Satu semain patah dan layu. Untuk mengelakkan kejadian berulang, lidi dicucuk kedalam semaian untuk mengelakkan kucing bermain lagi. 3. semaian kobis bunga langsung tidak bercambah. Semaian diganti dengan percubaan menyemai kohl rabi purple vienna. Harap semaian ini akan tumbuh.

perkembangan kebun lagi dan balik kampung

Imej
Cambahan ketumbar semakin banyak dan semakin panjang. InsyaAllah akan dialih ke tempat yang lebih banyak sinaran matahari. Cambahan markisa pun sedia untuk dimasukkan kedalam polibeg untuk di besarkan berasingan. cambahan ketumbar mula bercambah kailan menunggu masa untuk dituai cambahan markisa yang semakin besar Minggu lepas sempat balik kampung sempena cuti hari malaysia. Walaupun singkat sahaja balik kampung, ada beberapa perkara yang sempat lihat di kebun emak. - pokok kacang kelisa masih belum juga berbunga, walaupun sudah dekat 5 bulan menanam - pokok terung pemberian tok yam sudah mula berbunga bagi yang ditanam didalam pasu. Namun pokok yang ditanam diatas tanah masih terbantut penanaman. cili di kampung, mengikut mak bau wangi - pokok cabai kampung mak sangat subur, hampir setinggi satu meter dan berbuah lebat.

perkembangan seminggu kebun

Imej
Minggu ini ada sedikit hasil daripada pokok cabai, tak banyak, tapi puas hati juga tengok hasil, Alhamdulillah sepuluh biji cabai hijau  Kailan dalam pot hidroponik Kailan yang terbantut akibat persaingan dengan pokok kailan yang lebih besar diubah ke pot hidronik. Ini adalah untuk menjadi satu percubaan menanam dalam set hidroponik. Semaian bendi Semain bendi sudah panjang, sebahagian diletak didalam bekas  pasu panjang.

semaian ketumbar mula bercambah

Imej
Alhamdulillah semaian ketumbar sudah mula bercambah selepas hampir seminggu di tanam. Pada mulanya, agak risau jika tiada cambahan lansung. cambahan ketumbar mula bernas Namun, cambahan kobis bunga masih belum tumbuh. Kebiasaanya biji benih yang bernas akan cepat bercambah. Masih menanti cambahan holy basil bernas kerana ingin merasa ulaman holy basil.