semaian ketumbar dan bendi rosak

Beberapa kejadian pada semaian

antara yang berlaku ialah

1. semaian ketumbar rosak akibat kejutan cuaca panas. Semaian ketumbar sebelum ini diletak dalam kawasan teduh. Pada hari jumaat lepas, semaian diubah ke kawasan lapang. Namun, pada petangnya semaian ketumbar kebanyakannya sudah layu. Batang ketumbar yang lembut telah mengecut dan rebah ke tanah. Untuk semaian seterusnya, mungkin akan menunggu sehingga semaian ketumbar sudah mengeluarkan beberapa helai daun sebenar.

2. bendi pula rosak akibat kucing yang bermain didalam pasu. Satu semain patah dan layu. Untuk mengelakkan kejadian berulang, lidi dicucuk kedalam semaian untuk mengelakkan kucing bermain lagi.

3. semaian kobis bunga langsung tidak bercambah. Semaian diganti dengan percubaan menyemai kohl rabi purple vienna. Harap semaian ini akan tumbuh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus