perkembangan kebun lagi dan balik kampung

Cambahan ketumbar semakin banyak dan semakin panjang. InsyaAllah akan dialih ke tempat yang lebih banyak sinaran matahari.

Cambahan markisa pun sedia untuk dimasukkan kedalam polibeg untuk di besarkan berasingan.

cambahan ketumbar mula bercambah

kailan menunggu masa untuk dituai

cambahan markisa yang semakin besar


Minggu lepas sempat balik kampung sempena cuti hari malaysia. Walaupun singkat sahaja balik kampung, ada beberapa perkara yang sempat lihat di kebun emak.

- pokok kacang kelisa masih belum juga berbunga, walaupun sudah dekat 5 bulan menanam
- pokok terung pemberian tok yam sudah mula berbunga bagi yang ditanam didalam pasu. Namun pokok yang ditanam diatas tanah masih terbantut penanaman.

cili di kampung, mengikut mak bau wangi

- pokok cabai kampung mak sangat subur, hampir setinggi satu meter dan berbuah lebat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus