Catatan

balik kampung 30 April 2014

Alhamdulillah sempat balik kampung diakhir cuti sekolah. Bang long sekeluarga balik ke kampung. Kak Chik pun ada dikampung. Che Ana pula sedang menjaga Zakwan yang sudah berumur 20 hari. Alhamdulillah semua nampak ceria ceria sahaja. Cuaca masih panas dan paras air disungai sungai utama menjadi lebih rendah. Hujan lebat berserta angin kuat petang sabtu pula menyebabkan bangsal baja dan bangsal belakang rumah tuk roboh. Ada juga pokok kelapa yang tumbang. Kerja menebang pokok yang tumbang dijalankan dan umbut kelapa diambil untuk dijadikan ulam dan masak lemak. antara aktiviti lain bawa balik semaian labu air siam ke kampung dua polibeg labu air siam dibawa balik ke kampung. Ayah hendak tanam di bahagian belakang rumah. Para perlu disediakan. Moga moga cepat membesar. survey tanah potting soil untuk pokok tin keratan batang pokok tin yang ditempah sudah tiba. Jadi sekarang sudah tiba masa untuk menyemai keratan pokok tin. InsyaAllah akan cuba dapatkan potting soil yang terbai...

perkembangan kebun akhir mac 2014

Alhamdulillah sedikit perkembangan kebun pada akhir mac 2014. Cuaca masih lagi panas dan kering. Pokok tanaman tidak dapat dijirus kerana berada di luar kawasan selama lima hari. Antara perkembangan Timun white wonder berbuah lagi Pokok timun white wonder berbuah lagi. Kali ini pokok kecil dibelakang rumah yang berbuah. Pokok ini kecil sahaja berbanding pokok timun sebelumnya. Setakat ini tiga buah yang menjadi dan sedang membesar. Harap harap dapat semua membesar dan dapat dijadikan hidangan. Mengemas pasu pasu Pasu pasu yang banyak sedang direhat dan dirawat sebelum dimulakan sesi penanaman seterusnya. Beberapa varieti sayur untuk ditanam InsyaAllah akan mencuba beberapa varieti sayuran lagi antaranya kekacang, labu air, labu besar dan terung. Setakat ini dalam proses membesarkan terung varieti "farmers choice" ke saiz yang sesuai untuk diubah ke tanah. Begitu juga dengan varieti terung telunjuk yang suda

tuaian pertengahan mac 2014

Imej
Alhamdulillah sempat menuai sedikit hasil pagi ini sebelum pergi kerja. Sayur pak choi kelihatan sudah matang. Ada sedikit pucuk bayam yang turut dituai. InsyaAllah akan menyemai varieti bayam dimusim hujan ini. Sayur pak choi diserang perosak pada bahagian tengah batang. Namun, daun tidak terusik dan masih sesuai digunakan. Ada juga serangan "leaf miner" tapi tidak serius sangat. Selain itu, pokok labu air sudah mula diubah kedalam polibeg yang lebih besar. InsyaAllah akan membeli lebih banyak tanah baru.

tuaian timun white wonder untuk dijadikan benih

Imej
Alhamdulillah, salah satu pokok timun whitewonder dibiarkan mengeluarkan buah sehingga masak. Daun menjadi layu dan kering. Pokok mati dan tanah dibiarkan dahulu sebelum dimulakan sesi menanam seterusnya. Masih ada lagi dua pohon pokok timun white wonder. Masing masing sedang diusahakan supaya lekat buah.

perkembangan cambahan labu air

Imej
Alhamdulillah perkembangan cambahan labu air sangat cepat. Dalam beberapa hari sudah mencapai saiz sejengkal. Buat masa ini kedaaan tidak mengizinkan semain dipindah ke tanah kerana cuaca sangat kering.

benih terung dari siam bercambah

Alhamdulillah benih terung dari siam sudah bercambah. Baka ini jika dapat membesar dengan baik menghasilkan buah terung ungu dan panjang serta berbuah lebat. InsyaAllah akan disediakan pasu besar bagi pembesaran terung. Terung sarawak pula masih tidak lekat bunga walaupun sudah banyak bunga yang kembang.

Perkembangan kebun awal mac 2014

Imej
Alhamdulilalh sempat membuat beberapa aktiviti dikebun perumahan Mengalih petola bantal Sulur petola bantal yang menjalar ke rumah jiran di cabut sulur memanjatnya dan dihalakan ke bumbung rumah sendiri. Petola bantal sudah lama tidak berbuah. Buah awal disimpan untuk dijadikan benih. Namun, benih yang disangka mempunyai anak benih rupanya hanya serat kosong. Menyemai labu air Alhamdulillah labu air siam berjaya dicambah 100%. Mengikut label pada paket semaian cambahan hanya sekadar 60%. Lebih sepuluh anak pokok terhasil. InsyaAllah akan dibesarkan sebelum dipindah ke tempat yang lebih sesuai. Kemungkinan akan membuat para dikampung. Beri kepada tetamu anak benih sambung nyawa dan pecah beling Keratan sambung nyawa dan pecah beling diberikan isteri kepada rakan rakan yang datang berkunjung dirumah. Pak choi sedia dituai Alhamdulillah pak choi sedia dituai untuk dua kali makan.