balik kampung 30 April 2014

Alhamdulillah sempat balik kampung diakhir cuti sekolah. Bang long sekeluarga balik ke kampung. Kak Chik pun ada dikampung. Che Ana pula sedang menjaga Zakwan yang sudah berumur 20 hari. Alhamdulillah semua nampak ceria ceria sahaja.

Cuaca masih panas dan paras air disungai sungai utama menjadi lebih rendah. Hujan lebat berserta angin kuat petang sabtu pula menyebabkan bangsal baja dan bangsal belakang rumah tuk roboh. Ada juga pokok kelapa yang tumbang. Kerja menebang pokok yang tumbang dijalankan dan umbut kelapa diambil untuk dijadikan ulam dan masak lemak.

antara aktiviti lain

bawa balik semaian labu air siam ke kampung
dua polibeg labu air siam dibawa balik ke kampung. Ayah hendak tanam di bahagian belakang rumah. Para perlu disediakan. Moga moga cepat membesar.

survey tanah potting soil untuk pokok tin
keratan batang pokok tin yang ditempah sudah tiba. Jadi sekarang sudah tiba masa untuk menyemai keratan pokok tin. InsyaAllah akan cuba dapatkan potting soil yang terbaik.

benih putat merah
Alhamdulilalh benih putat daun merah masih lagi bertahan dan mula mengeluarkan pucuk baru. Harap harap akhir tahun dapat merasa pucuk putat merah sebagai ulam.

ubah kedudukan timun jepun
polibeg timun jepun terpaksa diubah setelah pokok masih mengalami tanda kekurangan air walaupun tanah basah. Rupa rupanya akar pokok labu air meresap masuk kedalam polibeg dan menjadi pesaing kepada pokok timun jepun.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus