Perkembangan kebun awal mac 2014

Alhamdulilalh sempat membuat beberapa aktiviti dikebun perumahan

Mengalih petola bantal
Sulur petola bantal yang menjalar ke rumah jiran di cabut sulur memanjatnya dan dihalakan ke bumbung rumah sendiri. Petola bantal sudah lama tidak berbuah. Buah awal disimpan untuk dijadikan benih. Namun, benih yang disangka mempunyai anak benih rupanya hanya serat kosong.



Menyemai labu air
Alhamdulillah labu air siam berjaya dicambah 100%. Mengikut label pada paket semaian cambahan hanya sekadar 60%. Lebih sepuluh anak pokok terhasil. InsyaAllah akan dibesarkan sebelum dipindah ke tempat yang lebih sesuai. Kemungkinan akan membuat para dikampung.




Beri kepada tetamu anak benih sambung nyawa dan pecah beling
Keratan sambung nyawa dan pecah beling diberikan isteri kepada rakan rakan yang datang berkunjung dirumah.

Pak choi sedia dituai
Alhamdulillah pak choi sedia dituai untuk dua kali makan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus