Catatan

pokok tin dan belalang

Imej
Alhamdulillah, semua pokok tin yang dibeli beberapa minggu lepas sudah diubah kedalam pasu yang lebih besar. Harap harap pokok tin akan membesar cepat dan berbuah. Belalang kelihatan suka memakan daun pokok tin. Setakat ini kerosakan masih lagi terkawal. Belalang lebih menggemari daun sayuran. Sebagai kawalan, belalang yang berjaya ditangkap akan dijadikan makanan ikan kaloi.

cekur hitam untuk tempat yang teduh

Imej
Alhamdulillah, cekur hitam banyak mengeluarkan pucuk baru ketika musim hujan. Cekur hitam sesuai ditanam di bawah kawasan teduhan dan redup. Cekur hitam menambahkan lagi jenis ulam untuk digunakan di kebun perumahan. Pucuk muda akan dipetik dan daun yang lain dibiarkan ditanah. Cekur hitam ini boleh didapati daripada pasar pasar malam untuk dijadikan benih bagi memulakan penanaman cekur dirumah.

perkembangan kebun perumahan 27 Oktober 2014

Imej
Alhamdullillah sedikit perkembangan kebun perumahan Zucchini Alhamdulillah zucchini kali ini bercambah dengan baik. Benih diubah kedalam pasu pasu. Benih nampaknya tahan lasak dan tahan panas. Ulam raja Ulam raja mula berbunga apabila jarang dipetik pucuknya. InsyaAllah akan kutip biji benih yang terhasil untuk ditanam ditempat lain. Ulam raja ditanam dalam satu pasu sahaja, cukup untuk kegunaan ulam ulaman di rumah. Bunga ulam raja menarik perhatian lebah sebagai agen pendebungaan dan orang yang lalu lalang untuk mendekati keindahan ciptaan tuhan. Tuaian terung Alhamdulillah terung kali ini dituai lagi, seelok eloknya terung dituai dan terus digunakan kerana rasanya lebih sedap. Jika tidak rasanya jadi lebih pahit. Kali ini terung dicelur untuk hidangan tengah hari.

perkembangan kebun perumahan 22 Oktober 2014

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan. Keadaan sekarang nampak lebih tersusun. Diantara perkembangan terbaru Pokok limau nipis Pokok limau nipis yang ditanam dua tahun lalu nampaknya sudah berbuah. Buah tunggal yang tersembunyi dicelah celah daun. Pokok limau nipis tidak begitu subur buat masa ini. Kemungkinan perlu dipasukan semula dan diletakkan ditempat yang lebih cerah. Kawasan belakang perumahan agak terlindung dan kurang mendapat cahaya matahari. Zucchini Black beauty Kali ini varieti ini pula dicuba. Harap harap akan lebih subur dan membesar. Sekurang kurangnya mencapai saiz tumbesaran yang lebih baik. Kacang kelisa Semaian kacang kelisa dibuat dengan merendam biji benih semalaman. Kualiti biji benih tidak begitu bagus. Harap harap ada yang akan bercambah. Semaian kacang broad bean dan cili Semaian kacang broad bean nampaknya gagal kerana benih direndam melebihi tempoh sehari. Kemungkinan benih lemas dan tidak boleh bercambah lagi. Manakala benih cil...

tuaian hujung minggu dan balik kampung 19 Oktober 2014

Imej
Alhamdulillah dapat melakukan kerja di kebun perumahan dan balik kampung. Diantara tuaian kali ini ialah petola bantal dan terung hijau. Buah petola bantal kali ini lebih muda dan kulitnya masih lembut. Manakala terung pula ada yang sudah menjadi kuning dan hampir masak. Antara aktiviti di kampung minggu ini ialah mengangkut benih padi ke bendang. Harap harap padi akan tumbuh dengan baik insyaAllah. Hasrat memancing ditangguhkan dahulu kerana sibuk dengan pelbagai tugasan. Ada orang kampung yang memancing dan menjala ikan. Banyak juga hasil yang diperolehi sekarang.

perkembangan kebun perumahan 15 Oktober 2014

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan Diantara aktiviti Petola segi dan timun Keseronokan menanam petola masih belum habis. Teruja melihat tumbuhan sayur dari jenis memanjat membesar, berbunga dan berbuah memberi hasil. Petola segi varieti hibrid siamdipilih kali ini, Manakala timun baka armenian long juga disemai. Harap harap akan bercambah insyaAllah. Pokok tin Satu pokok tin sudah diubah kedalam pasu besar. Sekarang tinggal satu lagi untuk dipindahkan, Pasu besar dibelakang rumah memerlukan kudrat dua orang untuk mengalihkan pasu. InsyaAllah pagi jumaat sesuai untuk aktiviti mengubah pasu. Perancangan menuai petola bantal lagi Rupa rupanya masih banyak lagi petola bantal yang terhasil. Sayang rasanya jika tidak dipetik, cuma masalah sekarang ialah bagaimana hendak mengambil petola petola bantal. Alat memetik mesti dicipta supaya buah senang dipetik dan tidak jauh ketanah. Saya sudah mencuba alat pemangkas buah rambutan, namun tidak berhasil dan sudah untuk...

perkembangan kebun kampung 12 Oktober 2014: perkembangan timun, labu dan terung

Imej
Alhamdulillah dapat balik menjenguk keadaan kebun kampung walaupun tidak lama sekadar melihat sekejap dan mengambil gambar. Minggu ini penuh dengan tugasan kerja. timun sulung, rasanya dari vareiti timun mini Timun Hasil daripada timun tidak banyak dan harap harap timun ini tidak akan jadi habuan tupai yang begitu banyak di kampung. InsyaAllah akan cuba menyemai lebih banyak benih timun. Sebelum itu, tanah perlu diperkayakan dengan baja dahulu. pokok labu yang baru seminggu dipindah  Pokok Labu Pokok labu nampaknya belum berkembang sepenuhnya. Harap harap akan semakin menjalar dan berkembang. tiga vareiti terung dituai Terung Terung terung sudah ada yang mulai masak dan bertukar menjadi warna kuning. Kata mak, vareiti terung yang ditanam semuanya jenis mini, hanya panjang lebih kurang sejengkal sahaja. InsyaAllah akan cuba menanam vareiti yang lebih besar.