perkembangan kebun perumahan 15 Oktober 2014

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan

Diantara aktiviti

Petola segi dan timun
Keseronokan menanam petola masih belum habis. Teruja melihat tumbuhan sayur dari jenis memanjat membesar, berbunga dan berbuah memberi hasil. Petola segi varieti hibrid siamdipilih kali ini, Manakala timun baka armenian long juga disemai. Harap harap akan bercambah insyaAllah.

Pokok tin
Satu pokok tin sudah diubah kedalam pasu besar. Sekarang tinggal satu lagi untuk dipindahkan, Pasu besar dibelakang rumah memerlukan kudrat dua orang untuk mengalihkan pasu. InsyaAllah pagi jumaat sesuai untuk aktiviti mengubah pasu.

Perancangan menuai petola bantal lagi
Rupa rupanya masih banyak lagi petola bantal yang terhasil. Sayang rasanya jika tidak dipetik, cuma masalah sekarang ialah bagaimana hendak mengambil petola petola bantal. Alat memetik mesti dicipta supaya buah senang dipetik dan tidak jauh ketanah. Saya sudah mencuba alat pemangkas buah rambutan, namun tidak berhasil dan sudah untuk digunakan.

Zucchini
Nampaknya percubaan memanam zucchini tidak berjaya. Pokok terbantut dan tidak membesar. Kali ini vareiti baru dicuba yang mempunyai untuk ditanam di kawasan panas.

Terung
Alhamdulillah, anak anak pokok terung berjaya dipindahkan ke polibeg untuk pembesaran seterusnya. Jika sudah kuat dan besar sedikit, insyaAllah akan dipindahkan ke kebun kampung pula. Disamping itu, terung didepan rumah pula akan menghasilkan beberapa lagi biji buah yang baru.

Mengemas halaman rumah
Alhamdulillah halaman rumah berjaya di kemaskan sedikit. Jika boleh, arnab arnab, che Gebu, Barney dan Putih akan dibawa balik ke kampung. Lebih sesuai rasanya dibela dikampung kerana kekangan masa sekarang untuk menguruskan arnab arnab ini di kebun perumahan.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus