perkembangan kebun perumahan 22 Oktober 2014

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan. Keadaan sekarang nampak lebih tersusun.
Diantara perkembangan terbaru

Pokok limau nipis
Pokok limau nipis yang ditanam dua tahun lalu nampaknya sudah berbuah. Buah tunggal yang tersembunyi dicelah celah daun. Pokok limau nipis tidak begitu subur buat masa ini. Kemungkinan perlu dipasukan semula dan diletakkan ditempat yang lebih cerah. Kawasan belakang perumahan agak terlindung dan kurang mendapat cahaya matahari.

Zucchini Black beauty
Kali ini varieti ini pula dicuba. Harap harap akan lebih subur dan membesar. Sekurang kurangnya mencapai saiz tumbesaran yang lebih baik.

Kacang kelisa
Semaian kacang kelisa dibuat dengan merendam biji benih semalaman. Kualiti biji benih tidak begitu bagus. Harap harap ada yang akan bercambah.

Semaian kacang broad bean dan cili
Semaian kacang broad bean nampaknya gagal kerana benih direndam melebihi tempoh sehari. Kemungkinan benih lemas dan tidak boleh bercambah lagi. Manakala benih cili rasanya masih boleh diselamatkan.

Semaian kailan
Benih dari jabatan pertanian cuba disemai kali ini setelah benih benih kailan vareiti lain tidak bercambah.

Semaian tomato ceri
Percubaan pertama untuk mencambah benih tomato ceri. Masih menunggu keputusan samaada benih akan bercambah.

Semaian petola segi
Petola segi yang disemai masih belum bercambah sepenuhnya. Teknik menyemai pada tisu basah digunakan pada mulanya. Benih petola yang belum bercambah disemai kedalam bekas tanah kompos pula.

Kutip biji benih petola bantal
Petola bantal yang tua sudah pun mula kering. InsyaAllah akan cuba tuai biji benih untuk disimpan dan di edarkan kepada pekebun lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus